skip
 to main  |
      skip
 to sidebar
          
        
        
 
  
 
 
  
 
Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.
Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
 
Sabtu, 3 Oktober 2009
CINDERELLA
 
  
 
 
  
 
Pada zaman dahulu ada seorang gadis yang sangat cantik. Ibunya telah meninggal dunia. Tidak berapa lama selepas kematian ibunya itu, ayahnya berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak. Ibu tirinya itu sangat garang. Begitu juga dengan kedua orang kakak tirinya. Ayahnya pula selalu keluar bandar untuk berdagang.
Setiap hari dia diperintah oleh ibu tiri dan kedua orang kakak tirinya supaya membuat kerja rumah. Cinderella merasa amat sedih mengenangkan nasib yang melanda dirinya. Tiada tempat untuknya mengadu.
Wajahnya
 yang cantik itu menjadi comot kerana terlalu banyak membuat kerja dan 
tidak sempat hendak mengemaskan dirinya. Sedangkan kedua orang kakak 
tirinya itu hanya tahu bersolek, berpakaian cantik dan berjalan-jalan. 
Kerana pakaian dan wajahnya yang sentiasa comot itu, kedua orang 
kakaknya menggelar dia Cinderella.
Pada 
suatu hari putera raja telah membuat pengumuman akan mengadakan majlis 
tari-menari di istana. Semua gadis di dalam negeri itu dijemput 
menghadiri majlis tersebut. Kedua orang kakak tiri Cinderella yang hodoh
 itu mengambil keputusan hendak menyertai majlis itu.
Oleh
 kerana mereka tiada baju yang cantik, ibu tiri mereka mengarahkan 
Cinderella menjahit baju baru untuk kedua-dua orang kakak tirinya itu. 
Kedua-dua helai baju kakaknya itu dijahit oleh Cinderella. Setelah baju 
itu siap, kedua kakaknya saling bertekak mengatakan dia yang paling 
cantik.
“Aku akan memakai baju 
baldu berwarna merah dengan manik-manik yang cantik. Aku juga akan 
memakai rantai mutiara yang berwarna putih. Tentu aku kelihatan cantik.”
“Baju
 aku lebih cantik dari baju engkau!” kata kakak kirinya yang kedua. 
“Bajuku dipenuhi dengan labuci dan manik. Rantai leherku zamrud berwarna
 hijau. Sudah tentu aku lebih cantik daripada kau dan dapat menawan hati
 putera raja!”. “Kau tak akan dapat berkahwin dengan putera raja,” kata 
kakak tirinya itu sambil tertawa kepada Cinderella.
Cinderella
 merasa sedih mendengar kata-kata kakak tirinya itu. Kedua orang kakak 
tirinya itu tergesa-gesa pergi sambil terus sambil mentertawakan 
Cinderella. Setelah kedua orang kakak dan ibu tirinya pergi Cinderella 
duduk sendirian di dapur. Dia menangis mengenang nasibnya yang malang. 
Tiba-tiba dia terkejut kerana melihat sebutir cahaya berkelip-kelip 
tidak jauh darinya. Dari cahaya yang semakin membesar itu keluar seorang
 pari-pari yang cantik.
“Siapakah kau? Dari manakah
 kau datang?” tanya Cinderella sambil mengesat air matanya. 
"Aku
 adalah pari-pari pengasuh kau,” jawab pari-pari yang cantik itu. 
“Sekarang beritahu aku adakah kau ingin pergi ke majlis putera raja di 
istana?”
“Ya, aku sangat ingin pergi
 ke majlis tu,” jawab Cinderella. Aku ingin bertemu dengan putera raja.”
“Aku
 boleh tunaikan permintaan kau itu,” jawab pari-pari itu lagi. Tapi ada 
syarat-syaratnya. Kau harus buat apa yang aku suruh.”
“Baiklah,”
 jawab Cinderella bersetuju.
“Mula-mula pergi ke kebun 
dan ambil buah labu yang palihg besar,” kata pari-pari itu. Cinderella 
terus berlari masuk ke dalam kebun lalu mengambil labu yang paling 
besar. Dia segera membawa labu itu masuk ke dalam taman. Pari-pari itu 
menyentuh labu itu dengan tongkat sakti. Tiba-tiba sesuatu yang ajaib 
pun berlaku. Labu itu menjadi kereta kuda yang cantik dan besar. 
Didalamnya terdapat kerusi baldu yang cantik, dihiasi langsir yang 
bewarna keemasan.
Cinderella memandang kereta
 kuda itu dengan rasa takjub dan kagum.
“Sekarang,
 bawakan aku enam ekor tikus,” kata pari-pari itu lagi. Cinderella 
segera masuk ke dapur. Dia mencari dibawah dapur dan dibelakang pintu. 
Tidak lama kemudian dia pun membawa enam ekor tikus di depan pari-pari 
itu. Tikus itu telah ditukarkan oleh pari-pari menjadi enam ekor kuda 
yang akan menarik kereta kuda itu.
“Kita
 telah memiliki kereta kuda untuk membawa kau ke istana. Sekarang aku 
perlukan seekor lagi tikus untuk menjadi pengiring dan pembantu kereta 
kuda.” Cinderella masuk ke dapur untuk mencari seekor lagi tikus. 
Setelah dia dapat menangkap tikus itu dengan segera diserahkannya tikus 
itu kepada pari-pari itu.
Kini kereta kuda itu telah
 lengkap dengan pemandunya yang berpakaian kemas dan cantik. “Sekarang 
kau boleh pergi ke majlis itu dan menemui putera raja!” kata pari-pari. 
“Tapi
 bagaimana? Aku tidak boleh masuk ke dalam istana. Pakaianku buruk dan 
compang-camping. Tentu pengawal istana akan menghalau aku keluar.”
Pari-pari
 itu menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya. Serta-merta bajunya 
bertukar menjadi cantik. Rambut dan mukanya juga cantik berseri. “Dan 
inilah pemberian yang terakhir,” kata pari-pari itu lalu menyerahkan 
sepasang kasut emas yang cantik yang tidak pernah dibayangkan oleh 
Cinderella selama ini.
Cinderella merasa sangat 
gembira. Dia lalu memeluk pari-pari itu. Bila dia melangkah masuk ke 
dalam kereta kuda, pari-pari itu berpesan kepadanya. “Berjanjilah, kau 
akan pulang sebelum pukul dua belas tengah malam, anakku. Kerana di saat
 itu semuanya akan kembali kepada asalnya.”
Cinderella
 berjanji akan pulang sebelum dua belas tengah malam. Kereta itu dengan 
pantas berlari menuju ke istana. Apabila dia sampai didepan pintu 
istana, pengawal dengan hormat menyambut ketibaannya. Dia diiringi ke 
dewan istana. Di situ majlis tarian telah dimulakan. Semua orang yang 
berada di dewan itu memandang ke arahnya. Mereka sangat hairan melihat 
seorang gadis yang sangat cantik. Kedua orang kakak tirinya juga 
kehairanan.
Putera raja datang 
kepadanya lalu memimpin tangannya. Putera raja mengajaknya menari. 
Mereka menari sepanjang malam. Putera raja hanya mahu menari dengan 
Cinderella. Putera itu sangat tertarik dengan Cinderella. Tiada sesiapa 
di situ kenal padanya dan mereka semuanya merasa hairan dan kagum.
Raja
 dan permaisuri yang berada di atas singgahsana merasa kagum melihat 
kecantikan Cinderella. Cinderella pula hampir lupa pada dirinya dan 
janjinya pada pari-pari itu.
Cinderella terkejut bila 
menyedari setengah jam lagi menunjukkan pukul dua belas tengah malam. 
Dia mengucapkan selamat tinggal kepada putera raja dan meninggalkan 
istana. Sebaik sahaja dia sampai di rumah jam telah menunjukkan pukul 
dua belas tengah malam.
Setelah berehat dari 
kepenatan Cinderella mendapati kedua kakak tirinya pun pulang. Mereka 
asyik bercerita mengenai puteri yang sangat cantik yang tidak dikenali 
itu. “Putera raja telah jatuh hati kepadanya,” kata kakak tirinya yang 
tua. “Putera raja sanggup berbuat apa sahaja untuk mengetahui namanya 
dan di mana dia tinggal.”
Cinderella tersenyum 
mendengar kata-kata kedua orang kakak tirinya yang hodoh itu. “Adakah 
dia benar-benar kelihatan cantik?” tanya Cinderella. “Betapa 
beruntungnya kakak dapat melihat puteri itu.”
Cinderella
 tidak berkecil hati kerana dia akan pergi menemui putera itu pada malam
 esoknya. Pada keesokan harinya kedua orang kakak tirinya sibuk 
bersiap-siap hendak pergi ke istana. Pari-pari pengasuh Cinderella 
sampai sebaik sahaja kedua orang kakak tirinya itu pergi ke istana. Dia 
menggunakan tongkat saktinya lalu menukarkan pakaian Cinderella lebih 
cantik dari malam pertama.
Putera raja ternyata telah
 jatuh cinta pada Cinderella. Dia menunggu dan menyambut kedatangan 
Cinderella di depan pintu istana.
Cinderella
 hampir lupa pada dirinya kerana terlalu gembira. Dia tidak pernah 
merasa bahagia seperti itu sebelum ini. Masa berlalu dengan cepat tidak 
disedarinya waktu sudah pun dua belas tengah malam. Dia terkejut dan 
segera berlari pulang.
Cinderella takut pakaian 
cantik akan bertukar menjadi buruk dan kereta kudanya bertukar menjadi 
tikus kembali. Dia berlari keluar dan mendapati kereta kudanya telah 
bertukar. Cinderella berlari pulang dengan termengah-mengah.
Putera
 itu mengejar Cinderella dari belakang. Ketika menuruni tangga, kasut 
emas Cinderella telah tercabut. Tapi Cinderella tidak menyedarinya. 
Putera raja mengambil kasut itu. Bila kakak tirinya pulang ke rumah 
mereka sibuk bercerita. Putera jelita itu telah tertinggal kasut emasnya
 di istana dan ditemui oleh putera raja.
Pada 
awal pagi esoknya raja membuat pengumuman. Gadis yang mempunyai kaki 
yang sesuai dengan saiz kasut emas itu akan dijadikan isteri puteranya. 
Dia telah memerintahkan pengawalnya membawa kasut itu ke semua rumah di 
negeri itu untuk dicuba. Tapi tidak seorangpun yang dapat memakainya. 
Akhirnya pengawal istana itu tiba di rumah Cinderella.
Kedua-dua
 orang kakak tiri Cinderella sangat gembira hendak mencuba. Bila dia 
cuba memakai kasut itu dia menjadi marah. “Kenapa tidak muat?” kata 
kakak tirinya yang pertama. “Kaki aku kelihatan kecil sahaja!” 
rungutnya.
“Biar aku cuba,” kata kakak
 tirinya yang kedua. Bila kakak tirinya yang kedua memakainya, kasut itu
 jauh lebih besar hingga dia tidak boleh berjalan.
“Aku
 yakin kasut itu sesuai dengan aku tapi mengapa ia menjadi lebih besar 
dari kaki aku!”
“Adakah sesiapa lagi di 
dalam rumah ini yang hendak mencuba kasut ini?” tanya pengawal istana 
kepada kedua orang kakak tiri Cinderella. “Memang tidak ada sesiapa 
lagi,” jawab mereka.
Pengawal iatana itu 
terpandang Cinderella yang berada di situ. Hatinya berkata gadis itu 
cantik tapi pakaiannya compang-camping. Dia pun memanggil Cinderella 
untuk mencuba. Sebaik sahaja kasut itu tersarung dikakinya, ianya amat 
sesuai sekali membuat kedua orang kakak tirinya terkejut besar.
Disaat
 itu juga pari-pari muncul dihadapan mereka dengan tersenyum. Dia pun 
menyentuh Cinderella dengan tongkat saktinya lalu menukar pakaian 
Cinderella.
Kakak tiri Cinderella 
merasa marah dan cemburu. Pari-pari itu pun membawa dia ke kereta kuda 
yang sedia menanti.
Kereta kuda itu pun 
bergerak pergi menuju ke istana. Putera raja sangat gembira apabila 
akhirnya gadis kesayangannya ditemui. Keesokan harinya mereka pun 
berkahwin dan hidup aman damai.
Cinderella 
tidak pernah melupakan kedua orang kakak tirinya lalu mengajak mereka 
tinggal bersamanya di istana. Tidak berapa lama kemudian kedua orang 
kakak tirinya pun berkahwin dengan orang kaya. Mereka tidak lagi sombong
 dan hodoh. Lama-kelamaan mereka juga kelihatan cantik dan berbudi 
bahasa.
Pengajaran :
Pengajaran :
1. 
Buat baik dibalas baik.
2. Jangan mudah putus asa.
3. 
Keajaiban boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. 

 



 
